Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Bahasa Arab dalam Sosiologi Bahasa dan Agama di Malaysia, 1981–2022

Bibliographic Data

ID19217439
AuthorsMunif Zarirruddin Fikri Nordin (0000-0002-7502-749X, King Saud bin Abdulaziz University for Health Sciences, corresponding author)
Year2026
Volume44
Issue1
Pages237-260
Publication date2026-04-30
Peer ReviewedYes
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueKajian Malaysia (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 0127-4082 • E-ISSN: 2180-4273
PublisherUniversiti Sains Malaysia (PUBLISHER • MY)
DOI10.21315/km2026.44.1.11
OpenAlexW7160770250
LanguageEN

Bahasa Arab ialah salah satu bahasa yang mengisi ruang pemanifestasian bahasa dan agama sebagai fenomena sosial di Malaysia, sekurang-kurangnya sejak tujuh abad yang lalu. Terdapat beberapa isu dan cabaran di sebalik pemanifestasian tersebut yang meninggalkan dampak yang besar khususnya terhadap pembentukan kefahaman, amalan dan identiti masyarakat Melayu-Islam sekarang. Makalah ini bertujuan membincangkan kedudukan bahasa Arab dari sudut sosiologi bahasa dan agama di Malaysia dan meneliti fungsi bahasa Arab dalam pembentukan kefahaman Islam dan identiti masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Isu yang dianalisis ialah islamisasi di Malaysia mulai 1981 hingga 2022. Data analisis ialah kajian dan tulisan yang menyokong dan menyanggah islamisasi di Malaysia sepanjang tempoh empat dekad tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari sudut linguitik, bahasa Arab mempunyai kedudukan yang unik dan istimewa di Malaysia; dari sudut agama pula, bahasa Arab ialah bahasa yang dimuliakan. Dapatan kajian juga memperlihatkan bahawa bahasa Arab mempunyai fungsi penting dalam pembentukan kefahaman, amalan dan identiti masyarakat Melayu- Islam di Malaysia. Pada masa yang sama, bahasa Arab melalui tempoh pasang surut, terutamanya respons yang ekstrem dan taasub terhadap islamisasi dalam kalangan beberapa kelompok masyarakat Melayu-Islam sehingga mencetuskan fenomena sosial bentuk baharu melalui kepesatan media sosial hari ini

Islam · Education and Islamic Studies · Educational Methods and Technology · Linguistic, Cultural, and Literary Studies

Citation velocityhistorical
Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae