Peminjaman Perkataan Sanskrit dalam Bahasa Melayu
Penelitian dari Sudut Makna (The Borrowing of Sanskrit Words in the Malay Language: Research from the Perspective of Meaning)
Bibliographic Data
| ID | 21185337 |
|---|---|
| Authors | Mohamad NorTaufiq Nor Hashim (Yunnan University), Aniswal Abd Ghani (Universiti Sains Malaysia) |
| Year | 2023 |
| Volume | 23 |
| Issue | 1 |
| Pages | 244-260 |
| Publication date | 2023-02-27 |
| Peer Reviewed | Yes |
| Open Access | Yes |
| Type | ARTICLE |
| Venue | GEMA Online Journal of Language Studies (JOURNAL) |
| Journal identifiers | ISSN: 1675-8021 • E-ISSN: 2550-2131 |
| Publisher | Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press) (PUBLISHER) |
| DOI | 10.17576/gema-2023-2301-13 |
| OpenAlex | W4322217163 |
| Language | EN |
| References cited | 5 |
Kajian ini meneliti sejumlah perkataan pinjaman Sanskrit terpilih dalam bahasa Melayu yang berfokus pada aspek makna. Penelitian pada makna dalam kajian ini merangkumi dua jenis perubahan, iaitu penyempitan dan peluasan makna. Pendekatan etimologi yang telah digagaskan oleh Collins (2003) diaplikasikan dalam kajian ini. Data kajian diperoleh daripada kamus yang dihasilkan oleh Winstedt (1959) yang bertajuk An Unabridged Malay-English Dictionary . Sebanyak 605 kosa kata Sanskrit yang telah dikenal pasti wujud dalam bahasa Melayu. Namun, kajian ini akan menganalisis tujuh data perkataan terpilih sahaja. Penentuan data yang merangkumi aspek agama dan kepercayaan adalah dibuat berdasarkan penilaian ke atas makna yang tercatat dalam kamus. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa peminjaman perkataan daripada bahasa Sanskrit telah menyebabkan berlakunya penyempitan dan peluasan makna. Penyempitan dan peluasan makna pada beberapa perkataan terpilih terjadi setelah berlakunya perubahan kepercayaan masyarakat Melayu, iaitu daripada Hindu-Buddha kepada Islam. Hasil penelitian, penyebaran agama Islam bukan sahaja menyumbang kepada pertambahan kosa kata Arab dalam bahasa Melayu tetapi turut mempengaruhi makna perkataan pinjaman Sanskrit disebabkan berlakunya percanggahan dari sudut nilai kepercayaan dan ajaran antara Islam dan Hindu-Buddha. Kata kunci: Kata pinjaman; makna; bahasa Sanskrit; bahasa Melayu; agama dan kepercayaan ABSTRACT This study investigate a number of selected Sanskrit loanwords in the Malay language that focus on the aspect of meaning. Research into meaning includes two types of changes, namely narrowing and expanding meaning. The etymology approach that have been devised by Collins (2003) is applied in this study. Study data were obtained through a dictionary compiled by Winstedt (1959) entitled An Unabridged Malay-English Dictionary. A total of 605 known Sanskrit vocabulary certainly existed in the Malay language. However, this study will analyze only seven selected word. The determination of data includes aspects of religion and belief based on an assessment of the meaning recorded in the dictionary. The analysis of this study shows that the borrowing of words from the Sanskrit language has caused the narrowing and expansion of meaning. Narrowing and expansion of meaning some words occurs when there is a change in the religious aspects and beliefs of the Malay community, that is from Hindu-Buddhist to Islam. Based on research, the spread of Islam not only contributed to the increase of Arabic vocabulary in Malay language, but also influenced the meaning of wordsdue to the occurrence ofcontradictions from the point of view of belief values and teachings between Islam and Hindu-Buddhism. Keywords: Loanwords; meaning; Sanskrit language; Malay language; religion and belief
Art · Humanities · Linguistics · Malay · Sanskrit · Education and Islamic Studies · Educational Methods and Technology · Linguistic, Cultural, and Literary Studies · Philosophy
| Citation velocity | historical |
|---|---|
| Highly cited | No |