Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Analisis Strategi Penterjemahan Chengyu Ke Dalam Bahasa Melayu

Bibliographic Data

ID21185371
AuthorsSang Seong Gong (Hospital Universiti Sains Malaysia), Phaik Ean Boh (0009-0004-3782-6495, Universiti Sains Malaysia)
Year2014
Volume14
Issue02
Pages75-91
Publication date2014-06-01
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueGEMA Online Journal of Language Studies (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 1675-8021 • E-ISSN: 2550-2131
PublisherPenerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press) (PUBLISHER)
DOI10.17576/gema-2014-1402-06
OpenAlexW1840749738
LanguageEN
Citations received1
References cited2

Chengyu ialah subkategori peribahasa Cina yang tersusun daripada empat aksara yang indah dan puitis serta mengungkapkan makna yang tertentu, sama ada secara tersurat ataupun secara tersirat. Makalah ini membincangkan strategi penterjemahan chengyu ke dalam bahasa Melayu. Data kajian melibatkan sejumlah 208 chengyu yang dikutip secara manual daripada novel Jia , karya susastera agung yang dihasilkan oleh sasterawan negara China, Ba Jin pada awal abad ke-20 dan terjemahannya berjudul Keluarga , terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1995). Kerangka teori yang dipilih secara eklektikmerangkumi definisi penterjemahan Larson (1984), definisi dan pengkategorian chengyu Wu Zhan Kun dan Wang Qin serta strategi penterjemahan chengyu Chen Wen Bo.Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penterjemahan chengyu bersifat dinamik. Didapati bahawa strategi penterjemahan yang diaplikasikan terpengaruh oleh tiga faktor yang utama, iaitu jenis chengyu yang hadir dalam teks sumber, konteks ayat kehadirannya serta kesamaan dan kelainan konsep pemikiran antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran. Antara strategi yang dikesan termasuklah strategi terjemahan lambang,terjemahan makna, terjemahan separa, pengguguran, terjemahan pragmatik dan terjemahan literal. Dalam hal ini, strategi terjemahan separa Chen boleh diperluas skopnya untuk dimanfaatkan dalam penterjemahan chengyu yang binaan hadapan mengandungi makna yang berlainan daripada makna binaan belakang. Kajian ini turut menemui dua strategi baharu, iaitu strategi serangkai yang melibatkan gabungan mana-mana dua strategi serta strategi pemberian padanan sejadi. Sesungguhnya, usaha penerokaan makna chengyu secara menyeluruh serta penerapan strategi penterjemahan yang sesuai dan berkesan amat mustahak bagi menjamin ketepatan penyalinan semula makna di samping mengekalkan lambang dan bentuk yang sama ke dalam bahasa sasaran. DOI: http://dx.doi.org/10.17576/GEMA-2014-1402-06

Humanities · Sociology · Linguistic, Cultural, and Literary Studies · Philosophy · Swearing, Euphemism, Multilingualism · Translation Studies and Practices

  • Prosedur Terjemahan Kata Nama Khas Taoisme dalam Hikayat Jelajah ke Barat

    Open Access•Cheah Poh Ying, Goh Sang Seong•Kemanusiaan•2021

  • Analysis of Idiom Translation Strategies from English into Lithuanian

    Open Access•Margarita Strakšienė•Studies About Languages•2009

  • Arabic Methaphor and Idiom in Translation

    Open Access•Mohammed Menacere•Meta Journal des traducteurs•2002

Citations per year0.2
Citation span2021 - 2021 (1)
Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae