Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Kearifan Tempatan dan Islam dalam Masyarakat Pesisir Pahang

Satu Sintesis ‘Urf dan Tamadun Maritim

Bibliographic Data

ID21438360
AuthorsAzman Yusof (0000-0002-7536-5798, University of Kuala Lumpur), Ahmad Farid Abd Jalal (Gazi Hastanesi), Ahnaf Wafi Alias (0009-0005-9866-6592, Gazi Hastanesi), Rahimin Affandi Abd Rahim
Year2026
Volume11
Issue1
Publication date2026-05-31
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueSains Insani (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 0127-7871 • E-ISSN: 0127-7871
PublisherUniversiti Sains Islam Malaysia (PUBLISHER)
DOI10.33102/sainsinsani.vol11no1.876
OpenAlexW7163029986
LanguageEN

Artikel ini meneliti kearifan tempatan masyarakat pesisir Pahang sebagai epistemologi amali yang terbentuk dalam konteks tamadun maritim dan diserasikan secara normatif melalui Islam. Berbeza daripada pendekatan terdahulu yang cenderung mengagungkan adat secara berlebihan atau menafikannya secara total atas alasan agama, kajian ini membangunkan kerangka sintesis yang menghubungkan kearifan tempatan, konsep ‘urf dan realiti maritim secara sistematik. Menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis literatur terpilih dan analisis konseptual, dapatan kajian dihuraikan melalui tiga kluster fungsional utama, iaitu ekologi, sosioekonomi, dan religiobudaya. Analisis menunjukkan bahawa pengetahuan ekologi pesisir, etika muamalat, dan amalan budaya masyarakat Pahang bukan sekadar adat budaya, malah membentuk sistem pengetahuan praktikal yang berfungsi untuk mengurus risiko alam, kestabilan ekonomi, serta tertib sosial dalam persekitaran maritim. Melalui mekanisme ‘urf, Islam berperanan menilai, menapis dan mengabsahkan kearifan tempatan tersebut, seterusnya menterjemahkannya ke dalam orientasi nilai dan institusi sosial seperti Hukum Kanun Pahang. Artikel ini menghujahkan bahawa Islam dalam masyarakat pesisir Pahang berfungsi sebagai epistemic regulator, iaitu sistem yang mengawal pembentukan pengetahuan, penilaian nilai dan penginstitusian adat secara berperingkat. Dari sudut teori dan pascakolonial, kajian ini mencabar naratif kolonial yang meminggirkan masyarakat pesisir sebagai pinggiran (periphery) epistemik, serta menampilkan masyarakat Pahang sebagai agen epistemik yang aktif dalam pembentukan tamadun maritim Melayu-Islam. Seterusnya, kajian ini mencadangkan agar penyelidikan lapangan dijalankan bagi mendokumentasikan amalan kontemporari yang masih menerapkan sintesis ini, khususnya dalam mendepani isu kelestarian maritim semasa

Islam · Architecture and Cultural Influences · Education and Vocational Training · Linguistic, Cultural, and Literary Studies

Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae