Pelanggaran Hak Kebebasan Bersuara melalui Penghinaan terhadap Agama
Penilaian Kritis dari Perspektif Islam dan Undang-Undang di Malaysia
Bibliographic Data
| ID | 21438401 |
|---|---|
| Authors | Nisar Mohammad Ahmad (0000-0001-6480-3943, Universiti Sains Islam Malaysia, corresponding author) |
| Year | 2023 |
| Volume | 8 |
| Issue | 2 |
| Pages | 257-267 |
| Publication date | 2023-11-30 |
| Open Access | Yes |
| Type | ARTICLE |
| Venue | Sains Insani (JOURNAL) |
| Journal identifiers | ISSN: 0127-7871 • E-ISSN: 0127-7871 |
| Publisher | Universiti Sains Islam Malaysia (PUBLISHER) |
| DOI | 10.33102/sainsinsani.vol8no2.497 |
| OpenAlex | W4400100448 |
| Language | EN |
Abstrak: Artikel ini bertujuan untuk meneliti isu penghinaan terhadap agama yang kerap berlaku mutakhir ini. Jika tidak ditangani sebaiknya, ia berpotensi mencetuskan suasana ketidakharmonian dan perbalahan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Tindakan menghina agama boleh dianggap sebagai suatu bentuk pelanggaran hak kebebasan bersuara yang dijamin di dalam Perlembagaan dan undang-undang. Bagi memahami isu ini dengan lebih lanjut, penelitian kritis akan dibuat berdasarkan perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk buku, artikel jurnal, dokumen dan laporan akhbar yang berkaitan. Bahagian awalan artikel ini meneliti konsep kebebasan bersuara yang merupakan satu cabang hak asasi manusia diikuti dengan penelitian berkaitan pelanggaran hak ini melalui tindakan penghinaan agama. Seterusnya, penelitian akan dibuat ke atas isu ini dari perspektif Islam dan beberapa akta yang berkuatkuasa dalam sistem perundangan di Malaysia. Beberapa contoh kes penghinaan terhadap agama akan turut dianalisis sebagai data sokongan diikuti dengan penelitian kepada faktor-faktor penyumbang dan kaedah penyelesaian. Dapatan daripada penulisan artikel ini mengesahkan perbuatan menghina mana-mana agama adalah bercanggah dengan prinsip kebebasan bersuara sama ada yang digariskan oleh agama mahupun undang-undang. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas serta proses pendidikan dan peningkatan kesedaran yang berterusan dalam masyarakat adalah penting bagi memastikan penghinaan agama tidak dinormalisasikan dalam kehidupan seharian. Abstract: The aim of this article is to analyse the recent issue of religious insult which has the potential to create disharmony in the multi-racial community of this country. The act of insulting other religions can be considered as violating the right to freedom of expression guaranteed under the Federal Constitution and various laws in Malaysia. To further understand this issue, critical analysis will be made based on the perspectives of Islam and laws in Malaysia. This article uses qualitative research method by referring to books, journal articles, relevant documents and news reports. The preliminary part of this article examines the concept of freedom of expression as one of the basic human rights guaranteed for every human being. This article also analyses and justifies the act of insulting religion as tantamount to a violation of freedom of expression. Accordingly, a critical analysis will be made on this issue from the perspectives of Islam and relevant laws in Malaysia. A few cases of religious insult are analyzed as supporting information followed by appraisals on the contributing factors and solution mechanisms. The outcome of this article indicates and affirms that the act of insulting religions is clearly against the principle of freedom of expression as stipulated in Islam and Malaysian laws. Strict law enforcement as well as a continuous education and awareness raising process in the community are important to ensure that religious insults are not normalized in everyday life
Islam · Political science · Theology · Education and Islamic Studies · Islamic Finance and Banking Studies · Philosophy · Taxation and Compliance Studies
| Highly cited | No |
|---|