Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Pengaruh Motivasi Pelajar Dalam Program Latihan Kebolehpasaran Di Era Revolusi Industri 4.0

The Influence of Student Motivation in Employability Training Program in the Industrial Revolution 4.0 Era

Bibliographic Data

ID21438413
AuthorsMohd Hazwan Mohd Puad (0000-0003-1527-9174, Universiti Putra Malaysia), Nor Suhaila Mad Nawe (Universiti Putra Malaysia)
Year2021
Volume6
Issue1
Pages185-193
Publication date2021-06-01
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueSains Insani (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 0127-7871 • E-ISSN: 0127-7871
PublisherUniversiti Sains Islam Malaysia (PUBLISHER)
DOI10.33102/sainsinsani.vol6no1.282
OpenAlexW3165938029
LanguageEN
References cited2

Dalam menghadapi cabaran dunia seperti ketidaktentuan ekonomi global, ancaman wabak pandemik COVID-19, penyelarasan norma baharu, dan perubahan sistem kesihatan awam, isu pengangguran graduan pengajian tinggi terus mendapat perhatian semua pihak. Kebolehpasaran graduan menjadi subjek utama perbincangan bagi membantu mengatasi masalah pengangguran dalam negara yang terkesan akibat cabaran tersebut. Program latihan kebolehpasaran graduan merupakan antara usaha berterusan bagi melahirkan tenaga kerja negara yang berpengetahuan dan berkemahiran serta kompeten menghadapi cabaran di era Revolusi Industri 4.0. Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor pembentukan motivasi pelajar yang terlibat dalam program latihan kebolehpasaran dan mengkaji kesan daripada pembentukan motivasi. Kajian kualitatif ini melibatkan seramai dua orang pelajar dari program kebolehpasaran graduan yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dipilih sebagai informan kajian. Teknik pengumpulan data yang digunakan ialah temu bual separa berstruktur. Pengkaji adalah instrumen dalam kajian ini. Dapatan kajian menemukan bahawa terdapat beberapa faktor pembentukan motivasi pelajar yang terlibat dalam program latihan kebolehpasaran iaitu faktor diri sendiri, minat, keluarga, jaminan kerja, persekitaran, penganjur program, sikap, dan pengaruh media. Pengenalpastian faktor dan hasil pembentukan motivasi memberi informasi yang signifikan kepada pihak penganjur untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran kebolehpasaran, kepuasan dan minat. Pihak universiti dicadangkan memperkenalkan pelbagai program latihan kebolehpasaran graduan untuk meningkatkan kemahiran dan daya saing pelajar dalam menghadapi ketidaktentuan cabaran dunia pekerjaan pada hari ini

Art · Humanities · Physics · Education and Islamic Studies · Global Socioeconomic and Political Dynamics · Linguistic, Cultural, and Literary Studies · Psychology

  • Goal setting, achievement orientation, and intrinsic motivation

    Andrew J Elliot, Judith M Harackiewicz•Journal of Personality and Social…•1994

  • Understanding students' motivation towards proactive career behaviours through goal-setting theory and the job demands-resources model

    Open Access•Andrew James Clements, Caroline Kamau•Studies in Higher Education•2018

Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae