Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Pewajaran Ratu Serimpak Sebagai Simbol Budaya dan Tradisi Etnik Sama-Bajau

The Justification of the Ratu Serimpak as a Symbol of Culture and Tradition of the Sama-Bajau Ethnic

Bibliographic Data

ID21438456
AuthorsRosmah Derak (0009-0002-6413-1635, Unified Messaging Systems (Norway)), Saidatul Nornis Haji Mahali (Universiti of Malaysia Sabah), Noorafini Kassim (0000-0002-3873-5446, Universiti of Malaysia Sabah)
Year2025
Volume10
Issue1
Pages108-118
Publication date2025-05-31
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueSains Insani (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 0127-7871 • E-ISSN: 0127-7871
PublisherUniversiti Sains Islam Malaysia (PUBLISHER)
DOI10.33102/sainsinsani.vol10no1.764
OpenAlexW4410982131
LanguageEN

Pertandingan Ratu Serimpak merupakan aktiviti kebudayaan etnik Sama-Bajau dalam usaha untuk mengangkat dan melestarikan warisan budaya ini agar terus diingati oleh masyarakat khususnya etnik Sama-Bajau. Serimpak merupakan hiasan kepala yang dipakai bersama dengan Badu Sipak (busana tradisi) oleh wanita etnik Sama-Bajau ketika majlis perkahwinan mahupun majlis keramaian. Busana tradisi ini menjadi simbol budaya dan tradisi etnik yang memperlihatkan keunikan dari segi reka bentuk dan warna yang terdapat dalam pakaian etnik ini. Kajian ini meneliti pewajaran Ratu Serimpak sebagai simbol budaya dan jati diri etnik Sama-Bajau di Sabah yang dipertandingkan di negeri Sabah. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan etnografi melalui tinjauan literatur, pemerhatian, dokumentasi visual dan temu bual bersama informan utama. Data visual yang dikumpulkan akan dianalisis melalui triangulasi untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan. Data visual yang diperoleh akan dipindahkan ke data analisis selepas selesai proses triangulasi dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan pertandingan Ratu Serimpak ini merupakan usaha penting untuk memartabatkan busana etnik Sama-Bajau di samping dapat memupuk kefahaman generasi muda etnik Sama-Bajau untuk mengenal lebih mendalam tentang warisan budaya etnik mereka. Penilaian terhadap peserta dalam pertandingan Ratu Serimpak merangkumi aspek pengetahuan dan peri laku budaya, kefasihan berbahasa ibunda, penilaian dalam penggayaan busana tradisi dan sesi soal jawab dapat dijadikan kayu ukur untuk menilai tahap kefahaman generasi muda etnik Sama-Bajau terhadap budaya dan bahasa mereka. Impak kepada kajian ini diharap dapat memberi sumbangan positif terhadap usaha untuk melestarikan budaya dan etnik melalui pertandingan Ratu Serimpak ini. Penganjuran pertandingan ini mampu menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar Sabah untuk memahami warisan budaya di negeri Sabah

Art · Cultural and Artistic Studies · Cultural and Religious Practices in Indonesia

Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae