Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Faedah Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 Di Darul Quran, Jakim

The benefits of Syariah Based Quality Management System 1900 in Darul Quran, Jakim

Bibliographic Data

ID21438465
AuthorsMuhammad Firdaus Zakaria (0000-0002-4174-794X), Siti Arni Basir (0000-0003-4204-0089), Osman Md Rasip
Year2021
Volume6
Issue3
Publication date2021-12-06
Peer ReviewedYes
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueSains Insani (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 0127-7871 • E-ISSN: 0127-7871
PublisherUniversiti Sains Islam Malaysia (PUBLISHER)
DOI10.33102/sainsinsani.vol6no3.146
OpenAlexW4408731252
LanguageEN

Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan urus tadbir organisasi menerusi pematuhan kepada keperluan syariah (shariah compliance) dan penerapan nilai-nilai Islam dalam pengurusan kualiti organisasi. Semenjak dilancarkan pada tahun 2005, semakin banyak organisasi sama ada dari sektor awam atau korporat yang telah berjaya mendapatkan pensijilan kualiti MS 1900. Pelbagai manfaat yang diperolehi daripada pelaksanaan MS 1900 ini menjadikannya sebagai satu pendekatan berkesan dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan di sesebuah organisasi. Objektif kajian empirikal ini adalah untuk mengenalpasti faedah-faedah yang dicapai melalui pelaksanaan MS 1900 di institusi pengajian tinggi yang berstatuskan Islam iaitu Darul Quran, JAKIM. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pendekatan kualitatif (kajian kes) dengan mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara triangulasi iaitu menerusi temu bual separa-berstruktur, dokumentasi serta pemerhatian. Seramai lapan orang warga kerja Darul Quran daripada pelbagai jawatan telah dipilih sebagai informan dalam kajian ini. Data-data pula telah dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi membina kod-kod serta tema-tema berkenaan dengan isu yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima faedah yang telah diperolehi Darul Quran JAKIM apabila berjaya melaksanakan MS 1900 iaitu mewujudkan budaya kerja cemerlang, pengamalan nilai-nilai Islam, pengurusan yang sistematik, meningkatkan imej Darul Quran dan meningkatkan kualiti pelajar. Oleh kerana kajian berkaitan MS 1900 masih lagi kurang dijalankan, maka hasil kajian ini secara langsung telah menyumbang kepada pembangunan ilmu berkaitan pelaksanaan MS 1900 di institusi pengajian tinggi Islam. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada para pengurus sama ada di sektor awam mahupun korporat dalam hasrat untuk mengaplikasikan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 di organisasi masing-masing. Abstract: Shariah-Based Quality Management System MS 1900 aims to increase the effectiveness of organizational governance through compliance with shariah requirements (shariah compliance) and the application of Islamic values in organizational quality management. Since its launch in 2005, more organizations either from the public or corporate sectors have successfully obtained MS 1900 quality certification. The numerous benefits derived from the implementation of MS 1900 make it an effective approach in improving management quality in an organization. The objective of this empirical study is to identify the benefits achieved through the implementation of MS 1900 in institutions of higher learning with Islamic status, namely Darul Quran, JAKIM. The methodology used in this study is through a qualitative approach (case study) by applying the method of data collection by triangulation through semi-structured interviews, documentation, and observation. A total of eight Darul Quran staff from various positions were selected as informants in this study. The data were analyzed using thematic analysis methods to build codes and themes related to the issues studied. The findings of the study show that there are five benefits that Darul Quran JAKIM has obtained when successfully implementing MS 1900, namely creating an excellent work culture, practicing Islamic values, systematic management, improving the image of Darul Quran, and improving the quality of students. As studies related to MS 1900 are still lacking, the results of this study have directly contributed to the development of knowledge related to the implementation of MS 1900 in Islamic institutions of higher learning. The results of this study can be used as a catalyst for managers in both the public and corporate sectors in the desire to apply the MS 1900 Shariah-Based Quality Management System in their respective organizations

Business · Business administration · Traditional medicine · Decision Support System Applications · Islamic Finance and Communication · Legal Studies and Policies · Mathematics · Medicine

Citation velocityhistorical
Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae