Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Gejala Al-Sukhriyyah Dalam Media Sosial

Analisis Menurut Perspektif Islam

Bibliographic Data

ID21438482
AuthorsKhairul Azhar Meerangani (0000-0002-1749-3206), Mohammad Fahmi Abdul Hamid (0000-0002-4923-7127), Ahmad Faqih Ibrahim (0009-0008-6856-1871, University College of Islam Melaka), Muhammad Hilmi Mat Johar (University College of Islam Melaka), Adam Badhrulhisham (University College of Islam Melaka)
Year2022
Pages49-55
Publication date2022-09-01
Peer ReviewedYes
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueSains Insani (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 0127-7871 • E-ISSN: 0127-7871
PublisherUniversiti Sains Islam Malaysia (PUBLISHER)
DOI10.33102/sainsinsani.volno.446
OpenAlexW4323521192
LanguageEN

Malaysia merupakan negara ke-9 yang mencatatkan penggunaan media sosial paling aktif di dunia iaitu hampir 80% daripada keseluruhan rakyatnya. Penggunaan secara meluas ini mendedahkan setiap individu kepada pelanggaran etika dan moral yang akhirnya boleh membawa kepada jenayah buli siber. Amalan al-sukhriyyah atau persendaan merupakan salah satu bentuk gejala buli siber yang semakin berleluasa. Perbuatan ini semakin menjadi budaya dalam kalangan netizen dengan menjadikan seseorang individu sebagai bahan sendaan dan gurauan bertujuan meraih perhatian dan keseronokan di media sosial. Oleh itu, pihak kerajaan telah memperkenalkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memantau kesalahan-kesalahan yang wujud di media sosial terutamanya membabitkan medium siber. Kajian ini bertujuan mengenalpasti bentuk-bentuk al-sukhriyyah yang wujud dalam media sosial masa kini serta menganalisis kedudukan perbuatan ini menurut perspektif hukum Islam. Kajian dijalankan secara kualitatif menggunakan kaedah kepustakaan dengan menganalisis teks-teks al-Quran dan Hadis serta perbahasan para sarjana Muslim berkaitan pengamalan al-sukhriyyah. Selain itu, kaedah analisis kandungan juga dilakukan terhadap beberapa media sosial bagi meneliti pengamalan al-sukhriyyah yang wujud pada masa kini. Perbuatan al-sukhriyyah meskipun mendatangkan keseronokan dan hiburan kepada para pelakunya namun merupakan perbuatan yang dilarang oleh Islam tanpa mengambil kira latar belakang mangsa. Pengguna media sosial perlu mengutamakan adab dan etika yang baik dalam komunikasi yang berlaku bagi mengekalkan keharmonian sesama mereka

Humanities · Sociology · Education and Islamic Studies · Islamic Finance and Banking Studies · Islamic Finance and Communication · Philosophy

Citation velocityhistorical
Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae