Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Kafaah dalam Perkahwinan Masyarakat Arab Peranakan Keturunan Sayyid

Satu Kajian Awal

Bibliographic Data

ID21438516
AuthorsLatifah Abdul Latiff (0000-0002-9908-5133, Universiti Sains Islam Malaysia, corresponding author)
Year2024
Volume9
Issue2
Pages295-303
Publication date2024-11-30
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueSains Insani (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 0127-7871 • E-ISSN: 0127-7871
PublisherUniversiti Sains Islam Malaysia (PUBLISHER)
DOI10.33102/sainsinsani.vol9no2.710
OpenAlexW4404883785
LanguageEN

Abstrak: Adat resam dan tradisi merupakan antara elemen utama budaya dalam masyarakat. Setiap kumpulan etnik atau bangsa mempunyai adat dan amalan yang tersendiri seperti perkahwinan. Perkahwinan merupakan salah satu elemen penting budaya dalam masyarakat bagi memastikan kesinambungan sesebuah kumpulan etnik dan ia turut melambangkan kelestarikan seni dan budaya turun temurun nenek moyang. Masyarakat Arab keturunan Sayyid atau Sadah mempunyai tradisi dan budaya unik tersendiri berkaitan dengan perkahwinan iaitu kafaah atau sekufu. Namun, amalan kafaah yang dipraktiskan oleh masyarakat Arab peranakan keturunan Sayyid yang mendakwa diri mereka daripada keturunan ahlul bait telah memberi kesan besar terhadap wanita Sadah. Kajian lepas menunjukkan bahawa wujud konflik berkenaan dengan isu kafaah dalam kalangan orang Arab di perantauan. Justeru, kajian ini cuba mengkaji amalan kafaah dalam kalangan masyarakat Arab peranakan keturunan Sayyid di Malaysia dan Indonesia dari segi sejarah dan pengamalan tradisi kafaah dalam perkahwinan Sadah secara ringkas. Selain itu, kajian ini juga cuba menyelidiki faktor yang mendorong komuniti Arab peranakan keturunan Sayyid begitu serius terhadap aspek kafaah dalam perkahwinan khasnya apabila melibatkan wanita Sadah. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif. Kajian kepustakaan dijalankan ke atas sumber literatur berkaitan bagi menganalisis secara kritis amalan kafaah dalam kalangan Arab keturunan Sadah di Malaysia dan Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Arab peranakan keturunan Sadah sangat mengambil berat faktor kafaah atau sekufu dalam perkahwinan. Pengabaian terhadap aspek ini menyebabkan sesebuah perkahwinan tidak mendapat restu keluarga. Abstract: Customs and traditions are among the main cultural elements in society. Each ethnic group or nation has customs and practices, such as marriage. Marriage is one of the important cultural elements in society that preserves the continuity of an ethnic group. It symbolizes the preservation of the arts and culture passed down from generation to generation. The Arab community of Sayyid or Sadah descent has unique traditions and culture related to marriage, namely kafaah or compatibility. However, the practice of kafaah by the Arab peranakan community of Sayyid descent, who claimed the descendant of ahlul bait, has had a significant impact on Sadah women. Previous studies have shown that there were conflicts regarding the issue of kafaah. Therefore, this study examines the practice of kafaah among the Arab peranakan community of Sayyid descent in Malaysia and Indonesia of its historical aspect and practice of kafaah traditions in Sadah marriages. Additionally, this study also seeks to investigate the factors that drive the Arab peranakan community of Sayyid descent to be so serious about the aspect of kafaah in marriage, especially when it involves Sadah women. This study used a qualitative research approach. A literature review was conducted on related sources to critically analyze the practice of kafaah among the Arab Sadah community in Malaysia and Indonesia. The findings show that the Arab peranakan community of Sadah descent places great importance on the factor of kafaah or compatibility in marriage. Neglecting this aspect causes a marriage not to receive family approval

Traditional medicine · Education and Islamic Studies · Gender and Women's Rights · Linguistic, Cultural, and Literary Studies · Medicine

Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae