Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Strategi Imperialisme British dalam Dasar Desentralisasi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1927–1934

Bibliographic Data

ID22017007
AuthorsMohd Shazwan Mokhtar (0000-0002-1603-3427, National University of Malaysia), Mohd Samsudin Mohd Samsudin (National University of Malaysia), Suffian Mansor (0000-0003-0887-8312, National University of Malaysia)
Year2021
Volume28
Issue1
Pages99-126
Publication date2021-05-31
Peer ReviewedYes
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueKemanusiaan (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 2180-4257 • E-ISSN: 1394-9330
PublisherUniversiti Sains Malaysia (PUBLISHER • MY)
DOI10.21315/kajh2021.28.1.5
OpenAlexW3176222588
LanguageEN
References cited6

Artikel ini menilai semula hujah pelaksanaan dasar desentralisasi British sebagai suatu usaha untuk mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Tumpuan diberikan pada fasa awal pelaksanaan dasar ini iaitu setelah Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) distruktur semula pada tahun 1927 sehingga pelaksanaannya pada tahun 1934. Dalam tempoh tersebut, dasar desentralisasi NNMB telah melalui proses pembentukan ketika pentadbiran Laurence Guillemard dan Cecil Clementi selaku Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Proses ini membuktikan pengaruh dasar kesatuan empayar dari London sewaktu wujudnya strategi imperial yang tersirat untuk memusatkan pentadbiran Tanah Melayu kepada Pesuruhjaya Tinggi British. Walaupun kedudukan Raja-Raja Melayu dikembalikan dalam MMN, bidang kuasanya hanya terbatas dalam pentadbiran kewangan bagi jabatan perkhidmatan persekutuan yang ditetapkan. Hal ini demikian kerana MMP masih lagi mempunyai kuasa kawalan pentadbiran kewangan pada peringkat persekutuan. Justeru, apakah matlamat British yang sebenar dalam melaksanakan dasar desentralisasi di NNMB? Hasil kajian terhadap dokumen pentadbiran kolonial NNMB dan Pejabat Tanah Jajahan mendapati bahawa pelaksanaan dasar desentralisasi di NNMB merupakan strategi imperialisme British untuk membentuk Kesatuan Tanah Melayu di bawah kawalannya. Pentadbiran kolonial NNMB cuba digabungkan dengan Negeri-Negeri Selat serta Negeri- Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan diletakkan di tangan Pesuruhjaya Tinggi British

Art · Humanities · Political science · Asian Studies and History · Islamic Finance and Banking Studies · Linguistic, Cultural, and Literary Studies

  • British Imperial Policy and Decolonization, 1938–64

    Open Access•A N Porter, Andrew Porter et al.•British Imperial Policy and…•1987

  • Imperialism in Conservative Defence and Foreign Policy

    Richard S Grayson•The Journal of Imperial &…•2006

  • Di Sebalik Krisis Kewangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1920-1924

    Open Access•Mohd Shazwan Mokhtar•Kajian Malaysia•2019

  • Colonial Records History

    Open Access•A C Milner, Anthony Milner•Modern Asian Studies•1987

Citation velocityhistorical
Highly citedNo
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae