Bahasa Agama dalam Falsafah Melayu
Faktor Pengabaian dan Kepentingan
Bibliographic Data
| ID | 22017052 |
|---|---|
| Authors | Munif Zarirruddin Fikri Nordin (0000-0002-7502-749X, Northern University of Malaysia) |
| Year | 2023 |
| Volume | 30 |
| Issue | 1 |
| Pages | 149-172 |
| Publication date | 2023-01-01 |
| Peer Reviewed | Yes |
| Open Access | Yes |
| Type | ARTICLE |
| Venue | Kemanusiaan (JOURNAL) |
| Journal identifiers | ISSN: 2180-4257 • E-ISSN: 1394-9330 |
| Publisher | Universiti Sains Malaysia (PUBLISHER • MY) |
| DOI | 10.21315/kajh2023.30.1.8 |
| OpenAlex | W4378378978 |
| Language | EN |
| References cited | 2 |
Dalam falsafah, istilah “bahasa agama” bertujuan memberikan penjelasan tentang makna ayat dan ungkapan agama. Dalam tradisi intelektual Melayu, bahasa agama lazimnya dirujuk sebagai bahasa dalam teks-teks Islam, yang dikaji di bawah payung pengajian Islam, seperti tafsir al-Quran, ilmu kalam atau ilmu tauhid, usul fikah dan tasawuf. Namun begitu, kepentingan bahasa agama dalam falsafah Melayu seolah-olah diabaikan, baik dalam falsafah agama mahupun falsafah bahasa. Makalah ini membincangkan faktor pengabaian bahasa agama dalam falsafah Melayu dan peningkatan kepentingan bahasa agama dalam falsafah Melayu kontemporari. Data perbincangan ini ialah empat isu bahasa agama yang tercetus ekoran usaha kefalsafahan beberapa pemikir Muslim Melayu untuk menjelaskan makna ayat dan ungkapan agama. Terdapat faktor yang menyumbang kepada pengabaian bahasa agama dalam falsafah Melayu, seperti pesimisme Melayu terhadap falsafah dan peruntukan undang-undang yang memelihara bahasa agama daripada penghujahan falsafah. Kepentingan bahasa agama sebagai cabang falsafah agama dalam falsafah Melayu kontemporari dapat ditingkatkan, bukan hanya dengan mengharmonikan kepentingan falsafah dalam agama dan bahasa, tetapi juga memperbetulkan salah faham tentang falsafah, termasuk memperkasa kursus falsafah sedia ada sebagai kursus teras pada peringkat pengajian tinggi
Art · Theology · Education and Islamic Studies · Educational Methods and Technology · Linguistic, Cultural, and Literary Studies · Philosophy
| Citation velocity | historical |
|---|---|
| Highly cited | No |