Pengaruh Muhammad ‘Abduh Terhadap Kemunculan Fundamentalis-Reformis Kaum Muda di Tanah Melayu (1900–1930)
Bibliographic Data
| ID | 22017057 |
|---|---|
| Authors | Adibah Yasmin Alias (Durham University), Mohd Irwan Syazli Saidin (0000-0002-3069-8206, National University of Malaysia), Jamaie Haji Hamil |
| Year | 2023 |
| Volume | 30 |
| Issue | 2 |
| Pages | 119-141 |
| Publication date | 2023-01-01 |
| Open Access | Yes |
| Type | ARTICLE |
| Venue | Kemanusiaan (JOURNAL) |
| Journal identifiers | ISSN: 2180-4257 • E-ISSN: 1394-9330 |
| Publisher | Universiti Sains Malaysia (PUBLISHER • MY) |
| DOI | 10.21315/kajh2023.30.2.7 |
| OpenAlex | W4388136806 |
| Language | EN |
| References cited | 1 |
Kemunculan Kaum Muda di Tanah Melayu sekitar tahun 1900-an dilihat berjaya mengisi ruang vakum intelektual dalam memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu. Keadaan masyarakat Melayu yang dijajah oleh British dilihat berada dalam situasi mundur bukan sahaja dari segi pendidikan dan ekonomi malah juga dari sudut kefahaman agama, iaitu terperangkap dalam amalan bertaklid dan unsur bidaah. Keadaan ini telah mendorong Kaum Muda bangkit memberi kesedaran kepada orang Melayu. Bertunjangkan konsep fundamentalisme, kajian ini membahaskan perkaitan antara fundamentalis-reformis dengan pengaruh Muhammad ‘Abduh terhadap pemikiran Kaum Muda. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kualitatif menerusi sumber sekunder dan dianalisis secara deskriptif dengan melihat dari sudut historiografi. Hasil kajian ini menunjukkan aktivisme Kaum Muda boleh dikaitkan dengan terminologi fundamentalis-reformis berdasarkan ciri-ciri yang dikemukakan dalam fundamentalisme Islam. Dari sudut kefahaman agama, Kaum Muda mempunyai ciri-ciri sebagai fundamentalis iaitu melalui prinsip bahawa agama perlu kembali kepada al-Quran dan sunah. Namun demikian, dari sudut pemikiran, Kaum Muda mempunyai ciri-ciri reformisme dalam isu pendidikan, isu wanita dan kemunduran masyarakat Melayu. Malah, tidak dinafikan bahawa pemikiran Kaum Muda juga dipengaruhi oleh pemikiran dan idea reformisme Muhammad ‘Abduh berdasarkan penulisan yang disiarkan dalam majalah al-Imam dan al-Ikhwan. Kesimpulannya, aktivisme Kaum Muda di Tanah Melayu sangat berkait rapat dengan terma fundamentalis-reformis dan perjuangan mereka dipengaruhi oleh pemikiran reformisme Muhammad ‘Abduh
Art · Humanities · Political science · Theology · Education and Islamic Studies · Islamic Finance and Banking Studies · Linguistic, Cultural, and Literary Studies · Philosophy
| Highly cited | No |
|---|