Kata Ganti Nama dan Representasi Identiti Pewacana Parlimen
Bibliographic Data
| ID | 22017078 |
|---|---|
| Authors | Dayang Sariah Abang Suhai (National University of Malaysia), Kesumawati A Bakar (0000-0002-2787-5144, National University of Malaysia), Norsimah Mat Awal (0000-0002-7693-2344) |
| Year | 2023 |
| Volume | 30 |
| Issue | 1 |
| Pages | 124-148 |
| Publication date | 2023-01-01 |
| Open Access | Yes |
| Type | ARTICLE |
| Venue | Kemanusiaan (JOURNAL) |
| Journal identifiers | ISSN: 2180-4257 • E-ISSN: 1394-9330 |
| Publisher | Universiti Sains Malaysia (PUBLISHER • MY) |
| DOI | 10.21315/kajh2023.30.1.7 |
| OpenAlex | W4378567035 |
| Language | EN |
| References cited | 5 |
Dalam wacana interaksi politik, penggunaan kata ganti nama dalam ujaran secara tidak langsung dapat mencerminkan identiti pewacana yang terlibat, khususnya ahli parlimen kerajaan dan pembangkang. Selain berfungsi sebagai perujukan, pemanfaatan kata ganti nama diri (KGND) dapat menggambarkan bentuk hubungan sosial antara pewacana dan khalayaknya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti bentuk KGND pertama yang dimanfaatkan oleh pewacana kerajaan dan pembangkang serta menjelaskan identiti yang diserlahkan menerusi penggunaan KGND berpaksikan pendekatan analisis wacana kritis. Teks perbahasan Belanjawan 2019 dijadikan data kajian. Tinjauan awal mendapati kedua-dua pewacana mendominasi penggunaan KGND pertama tunggal “saya” berbanding KGND pertama jamak. Bagi KGND jamak, pembangkang mendominasi “kita” inklusif, sebaliknya kerajaan mendominasi “kita” eksklusif. Secara persamaan, kedua-dua pewacana dilihat cuba “menonjolkan diri” secara sendirian, berpendirian, mempunyai sentuhan peribadi, dan juga cuba merapatkan diri dengan khalayak sasarannya. Secara perbandingan, pembangkang menyerlahkan sifat kekitaan dan kebersamaan dengan khalayak wacananya, manakala kerajaan lebih menyerlahkan sifat kepartian yang cuba mengukuhkan kedudukan parti selaku “pemerintah baharu” di Parlimen Malaysia Baharu
Art · Humanities · Discourse Analysis in Language Studies · English Language Learning and Teaching · Linguistic, Cultural, and Literary Studies
Trend Penggunaan Bahasa Samar dalam Persidangan Parlimen Malaysia (Trend of Adjunctive and Disjunctive Extenders Usage in The Malaysian Parliament)
Penghuraian Strategi Wacana Teks Ucapan Belanjawan 2019 (An Interpretation of Discourse Strategies in The 2019 Budget Speech)
Islamophobia, Muslimophobia or racism? Parliamentary discourses on Islam and Muslims in debates on the minaret ban in Switzerland
Positioning in pre-prepared and spontaneous parliamentary discourse
Linguistic creativity and institutional design
| Highly cited | No |
|---|