Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Perwarisan Tanah Adat/Ulayat Di Indonesia Dan Malaysia Dalam Adat Perpatih

Satu Tinjauan Syarak

Bibliographic Data

ID22333152
AuthorsMualimin Mochammad Sahid (0000-0001-6100-2809, Universiti Sains Islam Malaysia), Muhammad Aunurrochim Masâ€TMad Saleh (Universiti Sains Islam Malaysia), Nik Rahim Nik Wajis, Setiyawan Gunardi (0000-0001-5416-7031, Universiti Sains Islam Malaysia), Mohd Nasir Abdul Majid (Universiti Sains Islam Malaysia), Mariam Saidona Tagaranao (Universiti Sains Islam Malaysia), Nuur Athirah Ramli (Universiti Sains Islam Malaysia)
Year2017
Volume5
Issue1
Publication date2017-08-17
Peer ReviewedYes
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueMalaysian Journal of Syariah and Law (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 1985-7454 • E-ISSN: 2590-4396
PublisherUniversiti Sains Islam Malaysia (PUBLISHER)
DOI10.33102/mjsl.vol5no1.44
OpenAlexW4390629447
LanguageEN

Dalam adat perpatih yang diamalkan sehingga ke hari ini, pusaka ini dianggap sebagai harta milik seluruh ahli keluarga yang diwariskan secara turun temurun melalui pihak perempuan (garis keturunan ibu). Berdasarkan kepada hukum warisan Islam (faraidh), amalan adat perpatih dalam pembahagian harta pusaka tinggi (tanah adat/ulayat) ini dilihat bercanggah dengan hukum yang telah ditetapkan dalam Islam. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan pandangan dalam menerima amalan ini di kalangan masyarakat. Ada yang menerimanya sebagai satu amalan yang berdasarkan kepada pendekatan hukum wakaf keluarga (waqaf dzurri) dan ada juga yang menentangnya serta menganggapnya sebagai satu amalan yang bercanggah dengan hukum Islam dalam pembahagian warisan (faraidh). Menerusi kajian literatur dengan menggunakan kaedah perbandingan di antara hukum adat dan hukum syariah, kertas kerja ini akan membentangkan isu-isu berkaitan tanah adat sebagai harta pusaka yang diamalkan dalam adat perpatih. Cadangan sebagai jalan keluar bagi ketidakjelasan hukum dalam amalan warisan pusaka tinggi (tanah adat/ulayat) disebabkan perbezaan pandangan di antara golongan yang tidak bersepakat sama ada ia dilarang ataupun dibenarkan dalam syarak. Hasil kajian mendapati bahawa jalan tengah yang boleh diambil dalam menyelesaikan isu hukum amalan warisan tanah adat ini adalah menerusi pendekatan wakaf keluarga (dzurri) dengan cara menjadikan pihak perempuan yang mewarisi harta tersebut hanya sebagai pemegang amanah. Oleh itu, status tanah tersebut adalah harta wakaf yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak keluarga namun tidak boleh diperjualbelikan

Humanities · Islam · Islamic Education · Political science · Theology · Islamic Finance and Banking Studies · Legal Studies and Policies · Marriage and Family Dynamics · Philosophy

Citation velocityhistorical
Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae