Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Pembangunan Insan Berdasarkan Wasail al-Tarbiyah

Kajian Terhadap Kitab Majmu'at al-Rasail Tulisan Hasan al-Banna

Bibliographic Data

ID5220773
AuthorsFakhrul Adabi Abdul Kadir (0000-0001-6541-1116, corresponding author), Yusmini Md Yusoff (0000-0002-7560-4082), Zainuddin Hashim (0000-0003-0708-7447)
Year2017
Volume12
Issue2
Pages1-11
Publication date2017-12-30
Peer ReviewedYes
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueJournal of Al-Tamaddun (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 1823-7517 • E-ISSN: 2289-2672
PublisherUniv. of Malaya (PUBLISHER)
DOI10.22452/jat.vol12no2.1
OpenAlexW2895452983
LanguageEN

Hasan al-Banna merupakan seorang insan yang memiliki kekuatan untuk membawa obor-obor Islam tulen dengan pelbagai wasilah, uslub dan gaya persembahan untuk menangani fenomena melalui karyanya bagi misi menyelamatkan umat. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis Wasail al-Tarbiyah dalam kitab Majmu’at al-Rasail yang merupakan karyanya yang agung. Beliau telah mempersembahkan kepada umat ini wasilah dakwah berbentuk tarbiyah dalam kitab agungnya itu yang terhimpun di dalamnya pelbagai khazanah pembangunan insan yang menjadi pegangan umat sampai ke hari ini agar terselamat dari tipu daya musuh Islam. Metodologi kajian ini adalah kajian kepustakaan iaitu dengan menggunakan kaedah mengumpul dan mendapatkan data serta kaedah analisis data melalui sumber primer dan sekunder yang menyokong secara padu. Hasil dapatan kajian adalah berpaksikan kepada konsep pembangunan insan menurut Islam yang terdapat pada hadith-hadith Rasulullah s.a.w., karya sarjana Islam terdahulu daripada Hasan al-Banna seperti Imam al-Ghazali, Ibn Qaiyim al-Jauziyyah dan Syeikh Muhammad Abduh yang telah merintis jalan pembangunan insan sekali gus merupakan inspirasi ke arah itu. Justeru, hasil kajian ini adalah diharapkan dapat menampung keperluan semasa yang membabitkan persoalan yang telah dilontarkan pada ketika umat ini berada dalam dilema akibat kurang menggarap ilmu-ilmu agama yang menyebabkan mereka terombang-ambing dalam dunia yang serba moden dan maju yang melampau

Humanities · Islam · Islamic Education · Theology · Education and Islamic Studies · Islamic Finance and Banking Studies · Linguistic, Cultural, and Literary Studies · Philosophy

Citation velocityhistorical
Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae