Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Klasifikasi Kandungan Sejarah dalam Epistemologi Historiografi Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin oleh Syeikh Ahmad al-Fatani

Bibliographic Data

ID5222339
AuthorsAzmul Fahimi Kamaruzaman (corresponding author), Ahmad Faathin Mohd Fadzil
Year2017
Volume12
Issue2
Pages51-72
Publication date2017-12-30
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueJournal of Al-Tamaddun (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 1823-7517 • E-ISSN: 2289-2672
PublisherUniv. of Malaya (PUBLISHER)
DOI10.22452/jat.vol12no2.5
OpenAlexW2784061323
LanguageEN

Penulisan ini bertolak daripada kenyataan Wan Mohd. Shaghir Abdullah bahawa karya Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin oleh Syeikh Ahmad al-Fatani merupakan kitab pertama di Alam Melayu yang meriwayatkan tentang biografi imam mazhab empat dan Dawlah Uthmaniyyah, selain kitab tersebut mengandungi pelbagai maklumat lain tentang sejarah. Penulisan ini bertujuan untuk mengenalpasti klasifikasi kandungan sejarah yang ditulis dan disusun Syeikh Ahmad dalam Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin serta kesetaraannya dengan epistemologi historiografi Islam. Penulisan ini menggunakan pendekatan kajian teks dan analisis dokumen terhadap teks Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin. Hasil penulisan mendapati bahawa terdapat sembilan klasifikasi sejarah dalam teks Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin yang setara dengan epistemologi historiografi Islam iaitu sejarah kontemporari, manaqib (biografi), qasas (naratif), kronologi, ansab (geneologi), autobiografi, sejarah tempatan, sejarah universal dan falsafah sejarah

Art · Humanities · Education and Islamic Studies · Islamic Finance and Banking Studies · Linguistic, Cultural, and Literary Studies

Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae