Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Penglibatan Liga Arab dalam Konflik Palestin-Israel

Bibliographic Data

ID5222414
AuthorsMohd Roslan Mohd Nor (0000-0002-6521-4603, corresponding author), Ruzanah Mhd Razi
Year2016
Volume11
Issue2
Pages57-66
Publication date2016-12-31
Peer ReviewedYes
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueJournal of Al-Tamaddun (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 1823-7517 • E-ISSN: 2289-2672
PublisherUniv. of Malaya (PUBLISHER)
DOI10.22452/jat.vol11no2.5
OpenAlexW2591022132
LanguageEN

Liga Arab (League of Arab State @ Arab League) yang ditubuhkan pada 22 Mac 1945 merupakan satu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh 22 buah negara Arab di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara. Pertubuhan ini lahir dari idea Nasionalisme Arab (turut disebut juga Pan-Arabisme) iaitu organisasi yang bermatlamat untuk menghentikan dominasi Eropah dalam pentadbiran negara Arab di Timur Tengah dan membawa kesepakatan dalam kalangan negara-negara Arab. Ia berperanan sebagai sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab dan terlibat dalam isu-isu politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial bagi negara-negara anggotanya. Oleh itu, Liga Arab turut berdepan dengan tuntutan semasa globalisasi. Makalah ini bertujuan membincangkan sejarah penglibatan Liga Arab dalam mendepani isu Palestin-Israel sejak penubuhan organisasi sehingga zaman kini. Keanggotaan Palestin dalam Liga Arab pada tahun 1970an menerusi Palestine Liberation Organization (PLO) sedikit sebanyak menarik penglibatan Liga Arab dalam konflik Palestin-Israel. Secara keseluruhannya, penulisan kajian ini menggunakan metod kajian kualitatif berdasarkan dapatan data dan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa Liga Arab turut terlibat di dalam mencari penyelesaian konflik Palestin-Israel, namun ianya kurang berkesan kerana sebahagian besar negara anggota mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan mengiktiraf kedudukannya di Timur Tengah

Art · Humanities · LIGA · Political science · Education and Islamic Studies

Citation velocityhistorical
Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae