Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Uslub Dakwah Nabi S.A.W terhadap Wanita Bukan Islam

Bibliographic Data

ID7839079
AuthorsRoshimah Shamsuddin (corresponding author), Mohd Siroj Abdul Lathiff, Mohd Tajuddin Ismail
Year2017
Volume12
Issue1
Pages1-13
Publication date2017-06-30
Peer ReviewedYes
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueJournal of Al-Tamaddun (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 1823-7517 • E-ISSN: 2289-2672
PublisherUniv. of Malaya (PUBLISHER)
DOI10.22452/jat.vol12no1.1
OpenAlexW2726707516
LanguageEN
Citations received1

Al-Qur'an dan al-Sunnah telah memaparkan pelbagai uslub dakwah Nabi s.a.w. sebagai model dakwah yang sempurna. Nabi s.a.w. merupakan model pendakwah yang paling ideal kerana mendapat didikan secara langsung daripada Allah s.w.t. Berasaskan wahyu daripada Allah, Nabi s.a.w menegakkan dakwah kepada seluruh manusia merentasi sempadan seluruh alam tanpa membezakan bangsa Arab mahupun bukan Arab, melampaui sempadan negara baik Timur ataupun Barat, melangkaui warna kulit manusia serta merangkumi seruan terhadap kaum lelaki dan wanita. Namun demikian, seruan dakwah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. disalahfahami oleh musuh Islam dengan dakwaan Islam adalah agama yang tidak bertoleransi terhadap bukan Islam. Justeru, penulisan ini bertujuan membincangkan dakwah Nabi s.a.w terhadap wanita bukan Islam yang wujud pada zaman Nabi s.a.w dengan memfokuskannya kepada aspek yang berkaitan dengan uslub dakwah Nabi s.a.w terhadap mereka. Penulisan yang berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah pengumpulan data dengan melakukan penelitian terhadap ayat-ayat al-Qur'an dan matan-matan hadith terpilih yang berkaitan dengan uslub dakwah Nabi s.a.w terhadap wanita bukan Islam, di samping menganalisis data-data tersebut berdasarkan kaedah induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa sirah perjuangan dakwah Nabi s.a.w selama 23 tahun telah memaparkan kepelbagaian uslub dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan wanita bukan Islam sama ada dalam fasa dakwah di Mekah mahu pun di Madinah. Penemuan kajian juga turut menunjukkan bahawa Nabi s.a.w telah menjalinkan perhubungan dan bermuamalah dengan wanita bukan Islam dalam pelbagai situasi dan keadaan sama ada ketika ditindas, semasa aman atau pun ketika perang. Kepelbagaian uslub dakwah yang digunakan oleh Nabi s.a.w. adalah penting dan perlu dilaksanakan oleh para pendakwah masa kini sekalipun zaman dan konteksnya sudah berubah

Humanities · Physics · Education and Islamic Studies · Islamic Finance and Banking Studies · Linguistic, Cultural, and Literary Studies · Philosophy

  • Eksplorasi terhadap Paradigma Penyebaran Islam Para Rasul 'Ulul Azmi

    Open Access•Anhar Anshory, Ramli Awang et al.•Journal of Al-Tamaddun•2023

Unique citing works1
Citations per year0,33
Citation span2023 - 2023 (1)
Citation velocityhistorical
Highly citedNo
Citation typesNeutral: 1

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae