K-pop, Aspirasi Kemodenan dan Ketidakpatuhan Strategik dalam Kalangan Wanita Melayu (K-pop, Aspiration of Modernization and Strategical Non-compliance Among The Malay Women's Circle)
Datos Bibliográficos
| ID | 19166554 |
|---|---|
| Autores | Azalanshah Md Syed (0000-0001-8131-9627, University of Malaya), Md Azalanshah Md Syed |
| Año | 2019 |
| Volumen | 35 |
| Número | 2 |
| Páginas | 103-122 |
| Fecha de publicación | 2019-06-30 |
| Peer Reviewed | Sí |
| Open Access | No |
| Tipo | ARTICLE |
| Revista | Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication (JOURNAL) |
| Identificadores de la revista | ISSN: 2289-151X • E-ISSN: 2289-1528 |
| Editorial | Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press) (PUBLISHER) |
| DOI | 10.17576/jkmjc-2019-3502-07 |
| OpenAlex | W2955012978 |
| Idioma | EN |
| Citas recibidas | 2 |
| Referencias citadas | 6 |
Populariti K-pop dalam kalangan wanita Melayu mendapat kritikan pelbagai pihak yang melihat kecenderungannya untuk menghakis budaya masyarakat Melayu serta menyalahi nilai-nilai Islam – dua elemen penting dalam projek kemodenan Malaysia. Contohnya, penyertaan wanita Melayu meratapi kematian artis K-pop popular Kim Jong-Hyun serta kontroversi perlakuan artis berkumpulan Korea – B1A4, memeluk tiga orang gadis Melayu bertudung di Kuala Lumpur telah menerima kecaman khalayak awam dan pihak berkuasa Islam. Keadaan ini telah menimbulkan suatu polemik mengenai K-pop yang dianggap bertentangan dengan idea kemodenan Malaysia. Justeru, artikel ini berhujah bahawa wanita Melayu menggunakan K-pop sebagai suatu platform untuk menyesuai dan menimbangtara aspirasi kemodenan global dengan amalan ketidakpatuhan strategik yang dipamerkan menerusi kepelbagaian pandangan dalam lingkungan kapasiti peribadi dan sebagai ahli kepada kumpulan peminat tempatan. Misalnya, insiden ini telah mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menganggap perlakuan tersebut sebagai bertentangan dan menyalahi hukum serta nilai-nilai Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis tekstual bertema secara kualitatif dan menumpukan perhatian kepada kepelbagaian pandangan dan tafsiran khalayak mengenai K-pop dalam bentuk komen yang terpapar dalam media sosial seperti Twitter dan YouTube serta dua portal berita popular iaitu The Star dan Free Malaysia Today (FMT). Dapatan kajian akan dianalisis menerusi dua tema penting – pengawalan kendiri dan keterbukaan terpilih – yang menjadi dapatan penting dalam mengukuhkan konsep ketidakpatuhan strategik yang menerangkan populariti K-pop dan penggunaannya dalam kalangan wanita Melayu. Kata kunci : K-pop , wanita melayu, budaya popular, Islam, kemodenan
Art · Humanities · Malay · Political science · Sociology · Asian Culture and Media Studies · Islamic Finance and Communication · Philosophy · Socioeconomic Development in Asia
K-pop, Aspirasi Kemodenan dan Ketidakpatuhan Strategik dalam Kalangan Wanita Melayu (K-pop, Aspiration of Modernization and Strategical Non-compliance Among The Malay Women's Circle)
Women, piety and practice
Ethical Dilemmas in Research on Internet Communities
The Shaping of the Kaum Ibu (Women's Section) of the United Malays National Organization
Dakwah and Minah Karan; Class formation and ideological conflict in Malay society
| Obras citantes distintas | 2 |
|---|---|
| Citas por año | 0,29 |
| Intervalo de citas | 2019 - 2024 (6) |
| Velocidad de citación | recent |
| Altamente citado | No |
| Tipos de cita | Neutras: 2 |