Penguasaan Kecekapan Budaya dalam Terjemahan Arab–Melayu (Mastery of Cultural Competence in Arabic-MalayTranslation)
Bibliographic Data
| ID | 21184822 |
|---|---|
| Authors | Nazirah Radin Salim (Hospital Pulau Pinang), Idris Mansor (0000-0001-9833-7442, Universiti Sains Malaysia) |
| Year | 2021 |
| Volume | 21 |
| Issue | 2 |
| Pages | 111-134 |
| Publication date | 2021-05-31 |
| Open Access | Yes |
| Type | ARTICLE |
| Venue | GEMA Online Journal of Language Studies (JOURNAL) |
| Journal identifiers | ISSN: 1675-8021 • E-ISSN: 2550-2131 |
| Publisher | Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press) (PUBLISHER) |
| DOI | 10.17576/gema-2021-2102-06 |
| OpenAlex | W3167736924 |
| Language | EN |
| Citations received | 2 |
Dalam sesuatu aktiviti terjemahan, penterjemah berperanan sebagai perantara antara dua masyarakat yang berbeza bahasa dan budaya. Namun begitu, komunikasi yang baik antara dua masyarakat yang berbeza bahasa akan terganggu jika budaya dalam sesuatu unit bahasa itu tidak difahami oleh penterjemah semasa melakukan aktiviti penterjemahan. Hal ini demikian kerana budaya umpama cerminan bagi sesuatu bahasa. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pastiperbezaan bentuk dan tahap ketepatan hasil terjemahan berdasarkan kecekapan budaya oleh pelajar jurusan bahasa Arab di dua buah institut perguruan, selain untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tahap kecekapan budaya mereka. Kajian ini berbentuk kualitatif deskriptif yang menggunakan dua jenis instrumen, iaitu instrumen soalan ujian berkaitan kecekapan terjemahan yang dijalankan terhadap 90 orang sampel pelajar dan instrumen temu bual yang dijalankan terhadap seorang peserta pensyarah dan 12 orang peserta pelajar. Instrumen temu bual dijalankan bagi mengetahui faktor yang mungkin mempengaruhi tahap penguasaan kecekapan budaya dalam kalangan pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa tahap penguasaan kecekapan budaya pelajar jurusan bahasa Arab di dua buah institusi perguruan tersebut adalah pada aras sederhana rendah, iaitu dengan nilai min markah sebanyak 53.44%. Hasil tinjauan temu bual pula mendedahkan bahawa pelajar kurang diberi penekanan aplikasi dan praktikal tentang elemen budaya dalam terjemahan. Kajian ini diharap dapat memberi input baharu yang perlu diberi perhatian oleh para pelajar bagi menghasilkan terjemahan yang lebih baik antara dua bahasa yang bersilang budaya, di samping dapat memberi idea kepada pihak yang berautoriti untuk mengambil langkah yang lebih proaktif dalam meningkatkan tahap penguasaan kecekapan budaya dalam kalangan pelajar, seperti memasukkan elemen budaya dalam silibus kursus terjemahan. Kata kunci : Kecekapan budaya; terjemahan Arab-Melayu; latihan terjemahan; penterjemah pelatih; ketepatan terjemahan ABSTRACT In a translation activity, the translator acts as an intermediary between two communities of different languages and cultures. However, even if a translation is completed, good communication between two communities of different languages will be disrupted if the culture in a language unit is not understood by the translator while conducting the translation activities. This is because culture is a reflection of a language. Therefore, this study was conducted to identify the differences in form and accuracy level of translation results based on cultural competence by students majoring in Arabic at two teaching institutions and identifying factors that affect their cultural competence. This study employed qualitative descriptive methods, using two types of instruments, namely the test question instrument related to translation competence conducted on ninety student samples and interview instruments conducted on three lecturers and twelve student participants. Interviews were used to find the factors that influence the mastery of cultural competence level among students. The findings show that the mastery of cultural competence level among students majoring in Arabic language in the two teaching institutions is at a medium to low level with a mean score of 53.44%. The results of the interview revealed that less emphasis on application and practical aspects on the cultural elements in translation were given to the students. It is expected that this study could provide new input to the students to produce better translation between two cross-cultural languages, as well as to give ideas to the authorities to take more proactive steps in improving the mastery of cultural competence level among students, such as to include cultural elements in the syllabus of translation courses. Keywods : Cultural competence; Arabic-Malay translation; translation training; trainee translator; translation accuracy
Art · Humanities · Sociology · Arabic Language Education Studies · Education and Islamic Studies · Linguistic, Cultural, and Literary Studies
| Citations per year | 0.5 |
|---|---|
| Citation span | 2022 - 2024 (3) |
| Highly cited | No |