Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Permasalahan Pertuturan Dalam Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua

Bibliographic Data

ID21185240
AuthorsNadwah Daud (International Islamic University Malaysia), Nadhilah Abdul Pisal (0000-0002-8368-852X, Sultan Zainal Abidin University)
Year2014
Volume14
Issue01
Pages117-133
Publication date2014-02-01
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueGEMA Online Journal of Language Studies (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 1675-8021 • E-ISSN: 2550-2131
PublisherPenerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press) (PUBLISHER)
DOI10.17576/gema-2014-1401-08
OpenAlexW2086826244
LanguageEN
Citations received3
References cited5

Kajian ini dijalankan ke atas sekelompok pelajar yang mengikuti kursus kemahiran bertutur bahasa Arab, iaitu BA (LQS 0415) yang ditawarkan oleh CELPAD ( Centre for Languages & Pre-University Academic Development ), International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak, kepada pelajar yang membuat pengkhususan dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab (IRKHS). Kursus tersebut dilaksanakan bagi membantu meningkatkan prestasi akademik golongan pelajar melalui penguasaan kemahiran untuk bertutur bahasa Arab. Akan tetapi, didapati bahawa sejumlah 70% pelajar tidak mampu mengikuti perbincangan dalam kelas dengan efektif disebabkan penguasaan Bahasa Arab mereka yang lemah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar ketika bertutur bahasa Arab dengan meneliti secara langsung akan kesukaran-kesukaran yang pelajar hadapi ketika mereka melaksanakan tugasan yang melibatkan aktiviti pertuturan. Metode kajian yang digunakan ialah pemerhatian dan temu bual. Tiga tugasan berbahasa Arab bersifat tunggal dan berbilang telah ditugaskan kepada pelajar yang merangkumi: 1) melakonkan situasi, 2) penceritaan semula dan (3) perkongsian pengalaman. Ketiga-tiga tugasan berbahasa Arab tersebut mempunyai tahap kesukaran yang berbeza sama ada ia disokong oleh konteks atau tidak. Di samping itu, para responden diberikan tempoh persediaan sebelum tugasan mereka dibentangkan. Kajian ini mendapati bahawa kesukaran dalam berbahasa Arab telah membantutkan keupayaan pelajar dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur. Pelajar berdepan dengan lebih banyak masalah ketika melaksanakan tugasan secara individu kerana mereka perlu melaksanakannya dengan sendiri. Selain itu, kekurangan kosa kata semasa bertutur juga mengganggu kelancaran pelajar ketika sesi penyampaian. Setelah mengenal pasti permasalahan pelajar dalam pertuturan, guru digalakkan memfokuskan aktiviti pembelajaran kepada pengukuhan kosa kata serta memperbanyakkan aktiviti berkumpulan dengan menekankan aspek berkomunikasi dalam Bahasa Arab semasa tugasan-tugasan tersebut dilaksanakan. Pelajar didapati dapat mengatasi masalah yang mereka hadapi dengan bantuan rakan sekumpulan. Selain itu, aktiviti berkumpulan juga mampu mencetuskan suasana kebahasaan yang dapat merangsang penggunaan bahasa yang dipelajari. DOI: http://dx.doi.org/10.17576/GEMA-2014-1401-08

Humanities · Sociology · Education and Islamic Studies · Educational Methods and Technology · English Language Learning and Teaching · Philosophy

  • Teknik Pelajar Bukan Muslim Belajar Bertutur Bahasa Arab secara dalam Talian (The Techniques of Non-Muslim Students’ in Learning Arabic Speaking Skills Online)

    Open Access•Mohd Taqwudin Mohd Yazid, Wan Muhammad Wan Sulong et al.•GEMA Online Journal of Language…•2022

  • Saiz kosa kata bahasa Arab dalam kalangan penuntut tahun akhir Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)

    Open Access•Abdul Razif Zaini, Yaakob Hasan et al.•al-Irsyad Journal of Islamic and…•2021

  • Relationship Between Arabic Language Speaking Anxiety and Motivation Among Religious Secondary School Students in Malaysia

    Open Access•Zawawi Ismail, Nurwaina Rasit et al.•Humanities & Social Sciences…•2020

  • Task type and task processing conditions as influences on foreign language performance

    Open Access•Peter Skehan, Pamela Foster et al.•Language Teaching Research•1997

  • The Effects of Different Lengths of Time for Planning on Second Language Performance

    Open Access•Uta Mehnert•Studies in Second Language…•1998

  • Functions of L1 in the collaborative interaction of beginning and advanced second language learners

    Open Access•Frederick J Dicamilla, Marta Antón•International Journal of Applied…•2012

  • Task Complexity and Second Language Narrative Discourse

    Open Access•Peter Robinson•Language Learning•1995

  • Grammatical Errors as a Function of Processing Constraints and Explicit Knowledge

    Open Access•Jan H Hulstijn, Wouter Hulstijn•Language Learning•1984

Citations per year0.5
Citation span2020 - 2022 (3)
Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae