Pembangunan Modul Pengajaran Berasaskan Permainan Digital Bagi Kursus Teknologi Elektrik 1
Development of Module for Digital Game-Based Learning for Electrical Technology 1 Course
Bibliographic Data
| ID | 21438387 |
|---|---|
| Authors | Tee Tze Kiong (0000-0001-9932-4053, Tun Hussein Onn University of Malaysia), Khaireen Edlin Roslen (Tun Hussein Onn University of Malaysia), Andika Bagus Nur Rahma Putra, Risfendra Risfendra (0000-0002-8614-3947), Yee Mei Heong (0000-0003-1534-9742, Tun Hussein Onn University of Malaysia), Mimi Mohaffyza Mohamad (0000-0001-5916-7444, Tun Hussein Onn University of Malaysia), Nurulwahida Azid (0000-0002-0886-5071, Northern University of Malaysia) |
| Year | 2021 |
| Volume | 6 |
| Issue | 1 |
| Pages | 139-143 |
| Publication date | 2021-06-01 |
| Open Access | Yes |
| Type | ARTICLE |
| Venue | Sains Insani (JOURNAL) |
| Journal identifiers | ISSN: 0127-7871 • E-ISSN: 0127-7871 |
| Publisher | Universiti Sains Islam Malaysia (PUBLISHER) |
| DOI | 10.33102/sainsinsani.vol6no1.263 |
| OpenAlex | W3171529568 |
| Language | EN |
Pada abad ke-21 ini, pengajaran secara tradisional kurang mampu menarik perhatian pelajar dalam mempelajari sesuatu ilmu tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah melancarkan program Sekolah Bestari seawal tahun 1999 yang bertujuan untuk melakukan anjakan paradigma yang sistematik terhadap budaya sekolah dengan melaksanakan teknologi sebagai mekanisme pembelajaran dan pemudah caraan (PdPc). Sejajar dengan hasrat kerajaan ini, idea di sebalik pembelajaran berasaskan permainan digital di dalam bilik darjah mampu dijadikan sebagai PdPc agar pelajar dapat lebih banyak visual dan interaktif sekaligus dapat memberi tumpuan kepada penyelesaian sesuatu masalah tanpa tekanan melampau. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah modul pengajaran berasaskan permainan digital bagi kursus Teknologi Elektrik 1 yang mendasari Model Meyer. Justeru, dua set borang penilaian disediakan untuk pakar yang mengandungi 29 item dan pengguna sebanyak 20 item telah digunakan untuk mendapatkan maklum balas dalam kesesuaian format, kandungan dan kebolehgunaan modul yang dibangunkan. Analisis ke atas 5 orang responden pakar menunjukkan maklum balas yang positif dan mereka juga bersetuju dengan aspek format, kandungan dan kebolehgunaan keseluruhan modul yang dibangunkan. Analisis ke atas 10 orang responden pengguna pula menunjukkan bahawa majoriti memberikan maklum balas positif ke atas aspek format dan kandungan modul. Kesimpulannya, format, kandungan dan kebolehgunaan modul yang dibangunkan adalah bersesuaian. Cadangan kajian lanjutan adalah untuk menguji keberkesanan modul pengajaran berasaskan permainan digital bagi kursus Teknologi Elektrik 1 terhadap beberapa aspek seperti sikap, minat dan pencapaian pelajar
Art · Humanities · Instructional technology · Mathematics education · Physics · Education and Islamic Studies · Education and Vocational Training · Educational Methods and Technology · Mathematics
| Highly cited | No |
|---|