Skip to main content

ETHNOS_APP

Home • Search • Journals • List 0

Tinjauan Tahap Prestasi Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Perubahan Ke Arah Pembentukan Masyarakat Madani Melalui Kaedah Pendidikan Islam Tidak Formal

A Review of the Role Performance Level of Islamic Education Teachers as Catalysts for Change Towards the Development of Madani Society Through Non-Formal Islamic Education Methods

Bibliographic Data

ID21438407
AuthorsMaziahtusima Ishak (0000-0001-7275-212X, Universiti Sains Islam Malaysia), Mohd Mursyid Arshad (0000-0002-8677-6189, Universiti Putra Malaysia), Fathiyah Mohd Fakhruddin (0000-0001-6014-5082, Universiti Putra Malaysia), Ismi Ariff Ismail (Universiti Putra Malaysia), Hayati Ismail (0000-0003-2500-9637, Universiti Sains Islam Malaysia), Sakinah Ahmad (0000-0002-1743-3887, Universiti Sains Islam Malaysia), Siti Rosilawati Ramlan (0000-0002-2602-2692, Universiti Sains Islam Malaysia), Haslinda Abdullah (0000-0001-5769-8823, Universiti Sains Islam Malaysia), Hazlina Abdullah, Noor Saazai Mat Saad (0000-0002-9558-3223, Universiti Sains Islam Malaysia), Sarifah Nurhanum Syed Sahuri (0000-0002-4318-6365, Universiti Sains Islam Malaysia)
Year2021
Volume6
Issue1
Pages25-34
Publication date2021-06-01
Peer ReviewedYes
Open AccessYes
TypeARTICLE
VenueSains Insani (JOURNAL)
Journal identifiersISSN: 0127-7871 • E-ISSN: 0127-7871
PublisherUniversiti Sains Islam Malaysia (PUBLISHER)
DOI10.33102/sainsinsani.vol6no1.229
OpenAlexW3169990868
LanguageEN
References cited4

Sejarah perkembangan pendidikan negara menunjukkan pendidikan Islam tidak formal merupakan kaedah penyampaian ilmu yang paling berkesan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Guru agama sangat berpengaruh terutamanya dalam aspek pengukuhan identiti Melayu Islam dan bimbingan kerohanian. Sistem pendidikan negara yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi teras kepada pembangunan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) ke arah pemantapan sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup individu berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, pelbagai kepincangan dalam masyarakat turut dikaitkan dengan tahap penglibatan GPI dalam aktiviti kemasyarakatan yang masih rendah. Kajian ini bertujuan menilai tahap prestasi peranan guru pendidikan Islam (GPI) sebagai pemangkin perubahan ke arah pembentukan masyarakat madani dalam era pasca moden. Peranan GPI sebagai pemangkin perubahan dinilai menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 8 item yang dibina berdasarkan teori peranan dan ciri ejen berkesan dalam model Perubahan Terancang. Nilai kebolehpercayaan instrumen ialah .923. Kajian melibatkan 320 orang GPI sekolah agama swasta di Selangor yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 23.0. Keputusan kajian menunjukkan tahap peranan GPI sebagai pemangkin perubahan adalah sederhana. Ini membuktikan persepsi dan jangkaan orang lain terhadap tanggung jawab sebenar GPI terhadap ahli masyarakat dapat mempengaruhi tingkah laku GPI. Kajian merupakan satu konteks baru iaitu mengukur penglibatan dan peranan GPI dalam pendidikan tidak formal. Peranan pemangkin perubahan yang dikaji adalah mengikut jangkaan dan persepsi masyarakat menurut Teori Peranan serta keperluan standard profesionalisme guru di Malaysia. Dapatan kajian boleh digunakan sebagai kayu ukur oleh KPM dalam menilai tahap pengamalan nilai profesionalisme guru berdasarkan Model Standard Guru Malaysia

Humanities · Physics · Education and Islamic Studies · Islamic Finance and Banking Studies · Linguistic, Cultural, and Literary Studies · Philosophy

  • Teaching on the frontline

    Open Access•Erik Van Ommering, E I van Ommering•Teaching and Teacher Education•2017

  • Patterns of Leadership in a Rural Malay Community

    Marvin L Rogers•Asian Survey•1975

  • Malaysian Community Mediation

    Open Access•James A Wall, Ronda Roberts Callister•Journal of Conflict Resolution•1999

  • An exploration of sustainability change agents as facilitators of nonformal learning

    Open Access•Katrien Van Poeck, Jeppe Læssøe et al.•Conservation Ecology•2017

Citation velocityhistorical
Highly citedNo

Tools

Open DOIOpen Access
Ethnos_APP • Open Source Project • MIT License • Frontend v2.0.0 • Privacy and Cookies • API Documentation: api.ethnos.app/docs • API Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17049435 • Frontend Source Code: GitHub • DOI: 10.5281/zenodo.17050053 • cruz.rio.br • Expectantes Misericordiae